WARNA.png
Warna memberi kesan yang berbeza-beza dalam reka bentuk fesyen.
Boleh mempengaruhi saiz dan bentuk badan serta perasaan seseorang.
Reka bentuk fesyen akan lebih menarik dengan gabungan tidak lebih tiga warna.

ELEMEN 3 : WARNA

Colorful Banners

Pengaruh Warna Secara Psikologi

PUTIH :
Lambang kesucian. Pemakai akan berasa tenang, yakin dan bersedia untuk hadapi kemungkinan yang datang.
MERAH JAMBU :
Kasih sayang dan tumpuan. Warna ini memberi aura positif, ceria dan gembira.
UNGU :
Kasih sayang dan aura positif. Warna ini juga memberi pemakai kelihatan, gembira. muda dan selesa.
JINGGA :
Memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang kritis dan kreatif. Memberi keceriaan dan bergerak aktif.
KUNING :
Seperti jingga, memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang kritis dan kreatif. Memberi keceriaan dan bergerak aktif.
BIRU :
Melancarkan dan memudahkan interaksi. Mendorong pemakai untuk membuat keputusan yang rasional dan tepat.
HIJAU :
Melambangkan ketenangan dan keseimbangan dalam kehidupan.
MERAH :
Aura keberanian, kemewahan dan tuah. Mendorong pemakai berani untuk mencuba sesuatu yang baharu.
HITAM :
Warna ini mampu menarik sumber tenaga dan memberi pemakai kekuatan dan keyakinan.

Anda faham apa yang anda belajar dalam
sub topik Elemen 3 : Warna ini?

Jom kita main kuiz ini!

00:00 / 46:27