top of page
Colorful yarn

VIDEO PENGHASILAN
REKA BENTUK FESYEN AKSESORI,
BEG TELEFON BIMBIT

LANGKAH 1

Sediakan bahan dan alatan

  • Mengenal pasti bahan dan alatan yang akan digunakan.

​

  • Menyediakan bahan dan alatan yang diperlukan.

LANGKAH 2

Mengukur

  • Lakukan proses pengukuran untuk panjang dan lebar telefon bimbit.

 

  • Anggarkan ukuran beg telefon bimbit. Ukuran beg telefon bimbit perlu lebih besar daripada telefon bimbit supaya ia boleh berfungsi dengan baik.

LANGKAH 3

Mendraf

  • Sediakan pola beg telefon bimbit dengan memasukkan tanda pola dengan tepat dan lengkap

​

  • Gunting pola tersebut.

LANGKAH 4

Menanda

  • Bentangkan pola beg tersebut dan pinkan pola di atas fabrik felt.

​

  • Pindahkan ukuran pola terhadap fabrik felt tersebut.

​

  • Pastikan tanda dibuat dengan jelas.

LANGKAH 5

Memotong

  • Gunting fabrik felt mengikut garisan yang telah ditanda.

​

  • Pastikan anda berhati-hati semasa menggunakan alatan tajam seperti gunting.

LANGKAH 6

Mencantum

  • Cantumkan bahagian sisi kiri dan kanan dengan cantuman jahitan.

​

  • Cantumkan penutup beg dengan gam fabrik.

​

​​

LANGKAH 7

Kemasan

  • Buat kemasan dengan melekatkan velkro menggunakan pistol perekat panas sebagai kancing pada bag tersebut.

​

  • Lekatkan renda menggunakan gam fabrik

​

  • Buat tampalan menggunakan pistol perekat panas terhadap tali, manik dan butang hiasan sebagai hiasan tambahan.

​

Produk Siap

  • Setelah produk siap, masukkan telefon bimbit ke dalam beg yang telah siap.

​

  • Buat penilaian terhadap fungsi dan ketahanan produk.​

​​

00:00 / 46:27
bottom of page