top of page
Search

#OOTD

Updated: Jul 23, 2021

Apa itu #OOTD?



OOTD adalah singkatan kepada outfit of the day atau dalam bahasa melayu adalah pemakaian pada hari ini. Kebiasaannya tanda pagar (#) ini selalu digunakan di dalam media sosial apabila sesorang memuat naik gambar pakaian dan aksesori yang digayanya.


Kalau cakap tentang #OOTD mesti anda terbayang untuk mencari pakaian yang manampakan anda kelihatan sempurna kan? Seperti nampak kurus, nampak selesa dan mengikut trend semasa.


Bukan sahaja pakaian yang akan dititik beratkan malah aksesori seperti kasut, skaf, handbag, topi, jam tangan, subang, rantai dan macam-macam lagi juga diberi tumpuan untuk #OOTD.


Untuk mendapatkan #OOTD yang cantik dan menarik anda perlu mempunyai pengetahuan dalam pemilihan reka bentuk fesyen (pakaian dan aksesori) yang tepat. Pemilihan pakaian dan aksesori bukan bergantung kepada trend terkini sahaja malah perlu melihat kepada beberapa faktor seperti elemen reka bentuk fesyen berikut;


1. Bentuk badan


Pengetahuan tentang bentuk badan sesorang sangat penting dalam pemilihan reka bentuk fesyen supaya pakaian dan aksesori yang dikenakan kepada pemakai nampak cantik, menarik dan selesa. Sekiranya pemilihan yang salah dengan bentuk badan, sesorang itu akan kelihatan lebih gempal atau lebih kurus dan tidak menarik.


Selain itu bentuk badan akan mempengaruhi pemilihan pakaian dan aksesori dari segi elemen reka bentuk fesyen seperti garisan, warna, dan tekstur. Kesilapan pemilihan pakaian dan aksesori dari segi warna, garisan, dan tekstur akan memberi kesan yang kurang menarik terhadap #ootd seseorang.


Sekiranya anda ingin mengetahui tentang jenis bentuk badan dengan lebih lanjut, boleh tekan sini.


2. Garisan


Peranan garisan dalam pakaian adalah memberi kesan atau penampakkan gempal, lansing, tinggi ataupun rendah kepada pemakai. Oleh yang demikian, pemilihan corak dan garisan sangat penting untuk memberi impak yang menarik kepada sesorang dalam pemakaiannya.


Tekan sini untuk melihat jenis garisan


3. Warna


Warna gelap menjadikan seseorang yang gempal kelihatan lansing manakala warna lembut seperti biru muda/hijau muda menjadikan seseorang yang kurus kelihatan gempal. Warna terang/panas seperti jingga, merah dan kuning menjadikan sesorang yang kurus kelihatan gempal.


Sekiranya anda mengetahui bentuk badan anda, maka pemilihan pakaian dan aksesori menjadi mudah dan bersesuaian dengan badan anda.


4. Tekstur


Tekstur fabrik turut memberi kesan kepada si pemakai. Fabrik legap, berpluf, berkait dan bertenun menjadikan seseorang yang kurus kelihatan gempal. Fabrik sederhana halus dan lembut pula sesuai dengan semua bentuk badan. Manakala, fabrik berkilau membalikkan cahaya dan menjadikan bentuk badan seseorang kelihatan lebih gempal.


Oleh yang demikian, dalam pemilihan pakaian dan aksesori, pemakai hendaklah mengetahui bentuk badannya terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada elemen reka bentuk fesyen lain supaya apa yang dipakai menunjukkan cita rasa, nilai estetika dan keperibadian. Kekurangan pengetahuan tentang pemilihan pakaian menyebabkan pemakai kelihatan kurang selesa dan tidak berkeyakinan dalam mengenakan busana yang dipilih.






Berdasarkan pengetahuan yang anda miliki mengenai bentuk badan anda, bincangkan pakaian dan aksesori yang sesuai dengan badan anda dari segi warna, garisan dan tekstur di ruangan komen.




134 views3 comments

Recent Posts

See All

Kancing

Post: Blog2_Post
00:00 / 46:27
bottom of page