top of page
Search

Alatan lakaran: Pensel

Updated: Aug 9, 2021





Lakaran merupakan luahan idea untuk berkomunikasi.


Melalui lakaran atau gambaran grafik, seorang pereka boleh menyampaikan idea-ideanya kepada orang lain.


Pensel antara alatan yang paling penting dalam menghasilkan lakaran baik. Tahukah anda bahawa pensel terdapat dalam pelbagai jenis gred?




JENIS PENSEL


Pensel mempunyai pelbagai gred mengikut kegunaan tersendiri.


Gred pensel yang biasa digunakan dalam lukisan teknik atau lakaran ialah 2H, H, HB dan 2B.

  • Pensel 2H - ialah pensel keras yang digunakan untuk melukis garisan binaan.

  • Pensel H - pensel sederhana yang sesuai digunakan untuk membuat lakaran, penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan penengah.

  • Pensel HB - pensel jenis sederhana keras yang digunakan untuk kegunaan am dan melukis garisan objek

  • Pensel 2B - pensel lembut dan hitam yang digunakan untuk membuat lakaran.


Terdapat juga pensel mekanikal yang memudahkan kerja-kerja melukis lukisan teknik dan lakaran. Matanya tidak perlu ditajamkan. Ketebalan mata pensel boleh didapati dalam saiz 0.3mm, 0.5mm dan 0.7mm.




Berasarkan info di atas, adakah anda pernah menggunakan pensel yang dinyatakan? Apakah gred pensel yang ada sering gunakan? Jawab soalan ini dalam ruangan komen di bawah.

972 views0 comments

Recent Posts

See All

#OOTD

Kancing

Post: Blog2_Post
00:00 / 46:27
bottom of page