JAWAPAN
pentaksiran bilik darjah(PBD)
tahap penguasaan 1 (TP1)
Jawapan S1:
Berikut adalah definisi reka bentuk, fesyen dan reka bentuk fesyen. Padankan penyataan dengan menulis A, B atau C diruangan yang disediakan.
1. A
2. C
3. B
Jawapan S2
Lihat gambar di bawah, kemudian nyatakan jenis reka bentuk fesyen berdasarkan gambar tersebut.
A : Aksesori
B : Pakaian
C : Aksesori
D : Pakaian
Jawapan S3
Gambar rajah di bawah menunjukkan satu jenis teknik cantuman.
a. Nyatakan teknik cantuman yang digunakan.
Kaedah jahitan.
b. Kenal pasti jenis perkakasan yang digunakan berdasarkan gambar di atas.
Mesin jahit.
c. Nyatakan kegunaan perkakasan yang telah dikenal pasti di soalan 4b di atas.
Digunakan untuk jahitan lurus dan cantuman kepingan fabrik.
tahap penguasaan 2 (TP2)
Jawapan S1:
Lihat gambar di bawah dan nyatakan teknik cantuman dalam reka bentuk fesyen yang betul.
1. Jahitan
2. Sulaman
3. Tampalan
Jawapan S2
Namakan perkakasan di bawah dan nyatakan kegunaannya dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen
1. Nama perkakasan : Tweezer
Kegunaan : Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum atau memegang batu perhiasan ketika menggunakan cecair lilin.
2. Nama perkakasan : Jarum jahit tangan
Kegunaan : Digunakan untuk menjahit bahagian-bahagian tertentu pada fabrik dengan menggunakan tangan.
3. Nama perkakasan : Pita pengukur
Kegunaan : Digunakan untuk mengukur dengan tepat khususnya yang melibatkan bahagian melengkung seperti mengambil ukuran badan dan menyediakan pola pakaian.
4. Nama perkakasan : Jidal
Kegunaan : Disarungkan di jari tengah pada tangan yang menjahit bagi mengelakkan jari tercucuk jarum.
5. Nama perkakasan : Kacip/ snipper
Kegunaan : Digunakan untuk menggunting benang, lubang butang dan menggunting bahagian kecil dan sempit.
Jawapan S3
Rangka satu lakaran reka bentuk fesyen dengan mengaplikasikan elemen garisan, bentuk atau warna mengikut kreativiti anda.
Jawapan boleh diterima daripada lakaran pelbagai jenis reka bentuk aksesori dan pakaian mengikut idea murid sendiri.
Cadangan jawapan:
Nama reka bentuk : Kain kembang seri.

Hak milik Modul Sequin
tahap penguasaan 3 (TP3)
Jawapan S1
Rangka dua lakaran reka bentuk fesyen dengan mengaplikasikan elemen garisan, bentuk atau warna mengikut kreativiti anda. Bina lakaran reka bentuk fesyen pakaian dan reka bentuk fesyen aksesori.
Jawapan boleh diterima daripada lakaran pelbagai jenis reka bentuk aksesori dan pakaian mengikut idea murid sendiri.
Cadangan jawapan:
1. Nama reka bentuk fesyen aksesori : Beg Tangan Magika

Hak milik Modul Sequin
1. Nama reka bentuk fesyen pakaian : Kemeja lelaki

Hak milik Modul Sequin
tahap penguasaan 4 (TP4)
Jawapan S1
Berdasarkan gambar di bawah, lengkapkan borang soal selidik mengenai tiga elemen reka bentuk fesyen.
Jawapan adalah berdasarkan idea murid itu sendiri.
Cadangan jawapan
Produk A & Produk B
Bentuk :
1. Ya
2. Ya
3. Ya
4. Ya
Garisan :
1. Ya
2. Ya
3. Ya
Warna :
1. Ya
2. Ya
3. Ya
Jawapan S2
Berdasarkan borang soal selidik yang telah dijawab di atas, isi maklumat tersebut ke dalam jadual yang disediakan di bawah.
Produk A
Bil.
Elemen
Penerangan
1
Bentuk
Baju tersebut mengambil kira elemen bentuk, khas untuk lelaki dan mengikut trend terkini.
2
Garisan
Rekaan tersebut mengambil kira elemen garisan dan rekaan garisan mengikut trend terkini
3
Warna
Rekaan tersebut mengambil kira elemen warna dan rekaan warna baju mengikut trend terkini
Produk B
Bil.
Elemen
Penerangan
1
Bentuk
Baju tersebut mengambil kira elemen bentuk, khas untuk lelaki dan mengikut trend terkini.
2
Garisan
Rekaan tersebut mengambil kira elemen garisan dan rekaan garisan mengikut trend terkini
3
Warna
Rekaan tersebut mengambil kira elemen warna dan rekaan warna baju mengikut trend terkini
tahap penguasaan 5 (TP5)
Jawapan S1
Berdasarkan gambar rajah di bawah, nyatakan nama bahan dan nama reka bentuk fesyen yang dapat dihasilkan..
Jawapan produk fesyen adalah berdasarkan idea murid itu sendiri.
Cadangan jawapan
2.
Nama produk : Riben
Produk fesyen : Riben ikat rambut.
3.
Nama produk : Butang hiasan
Produk fesyen : Perhiasan pada kasut.
4.
Nama produk : Dawai
Produk fesyen : Pemegang tas tangan
5.
Nama produk : Manik
Produk fesyen : Perhiasan pada baju
6.
Nama produk : Bahan trimin
Produk fesyen : Perhiasan pada kain kembang/skirt
7.
Nama produk : Tali
Produk fesyen : Gelang tangan.
Jawapan S2
Hasilkan satu jenis produk reka bentuk fesyen dengan membuat lakaran produk tersebut dengan lengkap seperti melabelkan elemen, teknik cantuman dan jenis bahan yang akan digunakan.
Jawapan boleh diterima daripada lakaran pelbagai jenis reka bentuk aksesori dan pakaian mengikut idea murid sendiri.
Cadangan jawapan untuk rujukan.
Nama produk reka bentuk fesyen : Beg Tangan Magika

Bahan : Dawai
Bahan : Fabrik Felt
Teknik cantuman : Jahitan
Bahan : Kancing (zip)
Elemen : Bentuk
Teknik cantuman : Tampalan
Elemen : Warna
Bahan : Butang hiasan
Hak milik Modul Sequin
Elemen : Garisan
tahap penguasaan 6 (TP6)
Jawapan S1
a. Hasilkan mock-up reka bentuk fesyen mengikut kreativiti anda dengan mempunyai nilai tambah seperti idea anda tersendiri.
Mock-up reka bentuk fesyen adalah berdasarkan idea murid itu sendiri.
b. Lengkapkan peta alir dibawah dengan langkah-langkah membuat mock-up produk reka bentuk fesyen anda.
Jawapan ;
Langkah 1 : Memilih dan menyediakan bahan yang sesuai untuk membuat produk reka bentuk fesyen.
Langkah 2 : Mendapatkan ukuran produk dengan mengukur panjang, lebar dan tinggi.
Langkah 3 : Proses melakar pola dan memindahkan ukuran yang dikehendaki pada pola.
Langkah 4 : Memindahkan ukuran dan pola yang telah dibuat kepada bahan sebenar seperti fabrik. Tanda dibuat dengan jelas.
Langkah 5 : Proses memotong dibuat menggunakan alatan memotong yang sesuai.
Langkah 6 : Menggabungkan bahan-bahan yang telah dipotong dengan menggunakan kaedah jahitan.
Langkah 7 : Membuat kemasan dan produk siap.
Jawapan S2 :
Lengkapkan jadual penilaian keberkesanan produk reka bentuk fesyen anda.
Jawapan berdasarkan mock-up yang telah disiapkan oleh murid berdasarkan idea mereka sendiri.
Cadangan jawapan untuk rujukan.
a). Senarai semak elemen produk reka bentuk fesyen. Nama produk, Beg Tangan Magika.

1. Bentuk /
2. Garisan /
3. Warna /
4. Tekstur /
b) Ujian cantuman bagi mock-up produk reka bentuk fesyen anda. Cadangan jawapan untuk rujukan. Nama produk reka bentuk fesyen Beg Tangan Magika.

Tali beg dapat dipegang selepas produk siap
Cantuman tali beg
Memasukkan barang dalam beg tangan
Tali beg tercabut cantumannya apabila diangkat setelah barang dimasukkan kedalam beg
c) Keputusan dan tambah baik bagi mock-up produk reka bentuk fesyen anda. Cadangan jawapan untuk rujukan. Nama produk reka bentuk fesyen Beg Tangan Magika.

Gam perekat panas yang digunakan untuk menampal dawai pada fabrik felt tidak sesuai dari segi ketahanannya.
Menukar tali beg daripada dawai kepada kepada tali fabrik dan menggunakan teknik cantuman jahitan supaya lebih kukuh.
Soalan 2 :
Lengkapkan jadual penilaian keberkesanan produk reka bentuk fesyen anda
a). Senarai semak elemen produk fesyen

b) Ujian cantuman bagi mock-up produk reka bentuk fesyen anda.

c) Keputusan dan penambahbaikan bagi mock-up produk reka bentuk fesyen anda.
