top of page

JAWAPAN

UJI KEfahaMAN ANDA!

5.2.1 definisi reka bentuk fesyen

Jawapan S1:

Nyatakan definisi tersebut.

​

a) Reka bentuk : 

Reka bentuk merupakan proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk.

​

b) Fesyen :

Fesyen merujuk kepada gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa.

​

c) Reka bentuk fesyen :

Reka Bentuk Fesyen merupakan suatu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori.​  

   

Jawapan S2

a. Apakah kerjayanya berdasarkan gambar di atas?

Pereka Fesyen.

​

b. Nyatakan peranan penting individu di atas.

Individu yang terlibat dalam proses mereka bentuk fesyen pakaian dan aksesori.

5.2.2 JENIS reka bentuk fesyen

Jawapan S1:

Senaraikan jenis reka bentuk yang perlu diketahui.

1. Reka bentuk pakaian

2. Reka bentuk aksesori

​​

Jawapan S2:

Senaraikan empat jenis reka bentuk aksesori dan reka bentuk pakaian.

​​

Reka Bentuk Aksesori

1. Stokin
2. Tas tangan
3. Topi
4. Skaf

*atau mana-mana jawapan yang berkaitan
 

Reka Bentuk Pakaian

1. Kemeja
2. Seluar
3. Baju kurung
4. Sari

*atau mana-mana jawapan yang berkaitan
 

1. 

5.2.3 TEKNIK CANTUMAN DAN PENGGUNAAN ALATAN DALAM PROSES PENYEDIAAN REKA BENTUK FESYEN

Jawapan S2:

Berdasarkan gambar rajah di bawah, nyatakan jenis perkakasan/alatan dan nama perkakasan/alatan tersebut.

​​

Jawapan S1:

Senaraikan jenis teknik cantuman yang anda telah pelajari dalam laman ini.

1. Kaedah jahitan

2. Kaedah sulaman

3. Kaedah tampalan

4. Kaedah lain

​​

Jenis peralatan:

Alatan lain

Nama alatan : Pengokot/ Stapler

Jenis peralatan:

Alatan menanda

Nama alatan : 

Pensel tukang jahit

Jenis peralatan:

Alatan mengukur

Nama alatan :

Pembaris

Jenis peralatan:

Alat menanda

Nama alatan :

Kapur penanda

Jenis peralatan:

Alatan menjahit

Nama alatan :

Mesin sulaman

Jenis peralatan:

Alatan memotong

Nama alatan :

Penetas

Jawapan S3:

Senaraikan jenis sulaman yang boleh dihasilkan untuk menambahkan nilai estetika sesuatu reka bentuk fesyen dalam peta pemikiran di bawah.

1. Sulaman manik

2. Sulaman applique

3. Sulaman reben

​​

Jawapan S4:

Senaraikan empat alatan memotong yang boleh digunakan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen.

i. Gunting kertas

ii. Gunting fabrik

iii. Kacip/snipper

iv. Penetas

​​

5.2.4 LAKARAN reka bentuk fesyen

Jawapan S1:

Nyatakan tujuan lakaran reka bentuk fesyen.

Lakaran ini bertujuan menjelmakan idea kepada bentuk gambaran yang boleh dilihat dengan jelas

​​

Jawapan S2:

Fikirkan satu produk reka bentuk fesyen. Bina lakaran 2D dan lakaran 3D untuk produk reka bentuk fesyen yang anda fikirkan sebentar tadi.

Jawapan berdasarkan idea murid itu sendiri.

​

Cadangan jawapan. 

​​

Lakaran 2D 

Nama produk :Kasut

Lakaran 3D 

Nama produk :Kasut

Jawapan S3

Dengan menggunakan idea dan kreativiti anda bina dua lakaran reka bentuk fesyen dengan mengaplikasikan elemen garisan, bentuk atau warna. 

Jawapan boleh diterima daripada lakaran pelbagai jenis reka bentuk aksesori dan pakaian mengikut idea murid sendiri.

​

Cadangan jawapan:

 

1. Nama reka bentuk fesyen aksesori : Bag serbaguna

Hak milik Modul Sequin

1. Nama reka bentuk fesyen pakaian : Kain labuh /Skirt 

Hak milik Modul Sequin

5.2.5 ANALISIS ELEMEN reka bentuk fesyen

Jawapan S1:

Senaraikan elemen reka bentuk fesyen yang telah anda pelajari dalam laman ini.

1. Bentuk

2. Garisan

3. Warna

4. Tekstur​

Jawapan S2:

Gambar rajah di bawah menunjukkan bentuk asas badan manusia. Namakan setiap bentuk asas badan yang berikut.

1. Bentuk segi empat (tubular)

2. Bentuk jam pasir (hour glass)

3. Bentuk tiga segi terbalik 

4. Bentuk tiga segi

​​

Jawapan S3:

Rania mempunyai berat badan 54 kg dengan ketinggian 157 cm dan mempunyai bentuk badan segiempat. Apakah ciri-ciri reka bentuk pakaian yang sesuai untuk Rania?

​

i. Memilih seluar atau skirt yang longgar.

ii. Memakai skirt atau seluar yang berkaki lebar.

iii. Mengenakan tali pinggang yang lebar atau menambahkan penggunaan aksesori pada bahagian bahu.

​​

Jawapan S4:

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul mengenai elemen garisan dalam reka bentuk fesyen.

/

/

X

/

​​

Jawapan S5:

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul mengenai tujuan memberi warna pada lakaran yang dibuat oleh Sandra.

/

/

/

​​

Jawapan S6:

Nyatakan jenis tekstur yang betul mengikut gambarajah fabrik yang diberikan di bawah.

1. Lembut

2. Legap

3. Berkilat

4. Kasar

​​

Jawapan S7:

Apakah kepentingan membuat penilaian dan analisis terhadap elemen reka bentuk fesyen?

​

Penilaian dan analisis ini sangat penting dilakukan bagi memastikan produk yang direka adalah yang terbaik dari segi memenuhi ciri-ciri yang diperlukan seperti fungsi produk, kesesuaian jenis bahan, pemilihan warna, garisan dan bentuk yang mengikut trend terkini.

​​

5.2.6 JENIS bahan reka bentuk fesyen

Jawapan S1:

Senaraikan enam (6) bahan yang boleh digunakan dalam proses reka bentuk fesyen.

i. Fabrik

ii. Benang

iii. Fabrik felt

iv. Kancing

v. Butang hiasan

vi. Lapik dalam/ interfacing

vii. Pita perekat/velkro

viii. Dawai

ix. Getah

x. Tali

xi. Bunga reben

xii. Bahan trimin

xiii. Manik/ beads

*Pilih enam daripada jawapan di atas.​

Jawapan S2:

Padankan jenis bahan dengan kegunaan yang betul dengan menulis X, Y,  dan Z dalam ruangan yang disediakan.

Y

X

Z​

Jawapan S3:

Pada pandangan anda, berikan jenis kancing yang boleh digunakan oleh Seri untuk menggantikan zip yang rosak supaya dompet tersebut dapat digunakan lagi.

​​

Sari boleh menggunakan pita perekat/velkro, reben atau butang dan gelungan fabrik untuk menggantikan zip dompetnya supaya dapat digunakan semula.

5.2.7 PENghasilan reka bentuk fesyen

Jawapan S1:

Roshan ingin menghasilkan sebuah mock-up bekas pensil. Terangkan apakah langkah-langkah yang perlu Roshan lakukan dalam menghasilkan mock-up produk reka bentuk aksesori ini.

​​

Langkah 1 : Memilih dan menyediakan bahan yang sesuai untuk membuat bekas pensil.

​

Langkah 2 : Mendapatkan ukuran produk dengan mengukur panjang, lebar dan tinggi.

​

Langkah 3 : Proses melakar pola dan memindahkan ukuran yang dikehendaki pada pola.

​

Langkah 4 : Memindahkan ukuran dan pola yang telah dibuat kepada bahan sebenar seperti fabrik felt.  Tanda dibuat dengan jelas.

​

Langkah 5 : Proses memotong dibuat menggunakan gunting fabrik.

​

Langkah 6 : Menggabungkan bahan-bahan yang telah dipotong dengan menggunakan kaedah jahitan.

​

Langkah 7 : Membuat kemasan dengan menambahkan butang hiasan.

Jawapan S2:

Setelah Roshan selesai membangunkan produk reka bentuk aksesori tersebut, adakah Roshan perlu membuat penilaian terhadap produk reka bentuk aksesori itu? Mengapa?​

​

Ya, kerana hasil penilaian dapat dijadikan panduan untuk membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti produk tersebut.

1. 

00:00 / 46:27
bottom of page