top of page

Tonton video di bawah. 

Apakah yang anda lihat dalam video ini?

Video ini memaparkan fesyen pakaian lelaki berwarna hitam tetapi berlainan rekaan yang dipamerkan di sebuah gedung pakaian. Perkara yang akan anda pelajari melalui laman ini adalah tentang reka bentuk fesyen.

5.2.1 DEFINISI REKA BENTUK FESYEN

Standard Pembelajaran : 5.2.1 Mentakrifkan reka bentuk fesyen

Perkara yang akan anda peroleh dalam laman ini ialah;
1.    Menyatakan definisi reka bentuk fesyen dengan jelas.
2.    Menyenaraikan empat kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen.

DEFINISI REKA BENTUK

Reka bentuk merupakan proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk.

DEFINISI FESYEN

  • Fesyen merujuk kepada gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa.

  • Fesyen juga merujuk kepada perkembangan trend semasa dan terdahulu dalam bidang reka bentuk pakaian, aksesori dan kelengkapan rumah tangga.

DEFINISI REKA BENTUK FESYEN

Reka Bentuk Fesyen merupakan suatu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori.

1. Pereka Fesyen

Individu yang terlibat dalam proses mereka bentuk fesyen pakaian dan aksesori.

KERJAYA DALAM REKA BENTUK FESYEN

2. Peramal Fesyen

Individu yang terlibat membuat ramalan trend fesyen yang akan popular.

3. Tenaga Pengajar Fesyen

Individu yang mengajar secara langsung kemahiran menjahit dan pelbagai ilmu yang berkaitan reka bentuk fesyen kepada murid pelajar.

4. Perunding Imej

Individu yang terlibat dalam memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan.

Tahukan anda bahawa Malaysia telah melahirkan ramai pereka fesyen yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa?

 

Antara pereka fesyen yang telah menempa nama sehingga ke persada dunia ialah Jimmy Choo, seorang pereka kasut yang berpusat di United Kingdom.

INFO TAMBAHAN

KUIZ PERMAINAN 

Kuiz 1
Fashion Accessories

KESIMPULAN

Reka bentuk fesyen merupakan seni atau proses mereka bentuk dan mencipta produk atau fesyen kepada pengguna.

Kerjaya dalam reka bentuk fesyen juga mampu memberi keuntungan yang lumayan dan mampu menempa nama sehingga ke persada antarabangsa.

UJI KEFAHAMAN ANDA!

Arahan :

Salin soalan di bawah dan lengkapkan jawapan dalam buku latihan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) anda.

Soalan 1:

Nyatakan definisi tersebut.

a) Reka bentuk : 

..............................................................................................................

b) Fesyen :

..............................................................................................................

c) Reka bentuk fesyen :

..............................................................................................................

​  

   

[3 markah]

Soalan 2:

Gambar rajah di bawah menunjukkan individu dalam industri fesyen.

​  

   

a. Apakah kerjayanya berdasarkan gambar di atas?

..........................................................................................................

b. Nyatakan peranan penting individu di atas.

..........................................................................................................​

[2 markah]

00:00 / 46:27
bottom of page