
AKTIVITI 4
Menghasilkan mock-up reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran yang telah dibuat
Nilai-nilai Murni;
-
Nilai Ketelitian
-
Nilai Kekemasan
-
Nilai Kerjasama
-
Nilai Kerajinan
-
Nilai Kreatif
Bahan Bantu Mengajar
1. Buku teks
2. Peranti elektronik
3. Modul Sequin
Aktiviti PdPc
Strategi PdPc;
-
Pembelajaran akses kendiri
PAK 21;
-
Gallery walk
Arahan:
-
Aktiviti ini sesuai dijalankan secara dalam talian ataupun di dalam kelas dengan bantuan peranti elektronik seperti telefon bimbit yang mempunyai kamera.
-
Murid dibahagikan secara berkumpulan.
-
Masa diberikan hanya 50 minit sahaja.
Langkah 1:
-
Guru memberi arahan secara bersemuka atau dalam talian.
-
Guru meminta murid melihat kembali lakaran yang telah dibina oleh setiap kumpulan dalam aktiviti 3.
Langkah 2:
-
Guru meminta setiap kumpulan membina mock-up reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran yang telah dibuat dalam aktiviti 3.
-
Murid dikehendaki menyediakan bahan dan alatan yang sesuai terlebih dahulu sebelum aktiviti dijalankan dengan bimbingan guru.
Langkah 3:
-
Setiap kumpulan hendaklah merekod aktiviti membina mock-up menggunakan video.
-
Penghasilan video dibuat mengikut kreativiti secara berkumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.
-
Video tersebut boleh dihantar kepada guru melalui google classroom mata pelajaran RBT ataupun medium lain seperti group chat Modul Sequin, aplikasi whatsapp atau telegram mengikut kesesuaian guru.
Langkah 4:
-
Guru memaparkan video setiap kumpulan semasa kelas bersemuka/PdPr.
-
Guru meminta setiap kumpulan memberi ganjaran bintang (maksimum lima bintang) kepada video setiap kumpulan kecuali kumpulan sendiri.
-
Guru mengulas hasil setiap kumpulan dan mengumumkan kumpulan yang mendapat ganjaran bintang yang terbanyak. Guru merumuskan tajuk yang telah dipelajari.