top of page
6.png

AKTIVITI 3

Menganalisis aplikasi elemen reka bentuk pada lakaran reka bentuk fesyen

Nilai-nilai Murni;

 

  1. Nilai Kerajinan

  2. Nilai Ketilitian

  3. Nilai Kerjasama

  4. Nilai Penghargaan

  5. Nilai Kreatif

Bahan Bantu Mengajar

1. Buku teks

2. Peranti elektronik

3. Modul Sequin

Aktiviti PdPc

 

Strategi PdPc;

  • Pembelajaran akses kendiri

PAK 21;

  • Gallery walk

Arahan:

 

  • Aktiviti ini sesuai dijalankan secara dalam talian ataupun di dalam kelas dengan bantuan peranti elektronik seperti telefon bimbit yang mempunyai kamera.

  • Murid dibahagikan secara berkumpulan.

  • Masa diberikan hanya 30 minit sahaja.

Langkah 1:

 

  • Guru memberi arahan secara bersemuka atau dalam talian.

  • Guru meminta murid melihat kembali lakaran yang telah dibina oleh setiap kumpulan.

Langkah 2:

 

  • Guru mengedarkan video lakaran reka bentuk fesyen untuk dinilai dan dianalisis oleh kumpulan lain.

  • Murid dikehendaki menyiapkan satu borang analisis elemen reka bentuk fesyen seperti contoh yang terdapat dalam Modul Sequin dan menjalankan proses analisis tersebut.

Langkah 3:

 

  • Setiap kumpulan hendaklah merekod aktiviti analisis yang dijalankan menggunakan video. 

  • Penghasilan video dibuat mengikut kreativiti secara berkumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.

  • Video tersebut boleh dihantar kepada guru melalui google classroom mata pelajaran RBT ataupun medium lain seperti group chat Modul Sequin, aplikasi whatsapp atau telegram mengikut kesesuaian guru.

Langkah 4:

 

  • Guru memaparkan video setiap kumpulan semasa kelas bersemuka/PdPr.

  • Guru meminta setiap kumpulan memberi ganjaran bintang (maksimum lima bintang) kepada video setiap kumpulan kecuali kumpulan sendiri.

  • Guru mengulas hasil setiap kumpulan dan mengumumkan kumpulan yang mendapat ganjaran bintang yang terbanyak. Guru merumuskan tajuk yang telah dipelajari.

00:00 / 46:27
bottom of page