
AKTIVITI 2
Menghasilkan lakaran reka bentuk fesyen.
Nilai-nilai Murni;
-
Nilai Kreatif
-
Nilai Kerajinan
-
Nilai Ketelitian
-
Nilai Kekemasan
Bahan Bantu Mengajar
1. Buku teks
2. Peranti elektronik
3. Modul Sequin
Aktiviti PdPc
Strategi PdPc;
-
Pembelajaran akses kendiri
PAK 21;
-
Gallery walk
Arahan:
-
Aktiviti ini sesuai dijalankan secara dalam talian ataupun di dalam kelas dengan bantuan peranti elektronik seperti telefon bimbit yang mempunyai kamera.
-
Murid dibahagikan secara berkumpulan.
-
Masa diberikan hanya 45 minit sahaja.
Langkah 1:
-
Guru memberi arahan secara bersemuka atau dalam talian.
-
Guru meminta murid melayari internet untuk melihat contoh produk reka bentuk fesyen pakaian dan aksesori dengan tema "Percutian di Tepi Pantai".
Langkah 2:
-
Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti satu reka bentuk fesyen untuk dibuat lakaran.
-
Lakaran reka bentuk fesyen perlu mengaplikasikan elemen garisan, bentuk dan warna.
-
Idea yang didapati daripada internet boleh ditambah baik dan diubah suai mengikut kreativiti murid dan tidak digalakkan meniru secara langsung produk tersebut..
Langkah 3:
-
Setiap kumpulan hendaklah merekod aktiviti lakaran yang dijalankan menggunakan video.
-
Penghasilan video dibuat mengikut kreativiti secara berkumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.
-
Video tersebut boleh dihantar kepada guru melalui google classroom mata pelajaran RBT ataupun medium lain seperti group chat Modul Sequin, aplikasi whatsapp atau telegram mengikut kesesuaian guru.
Langkah 4:
-
Guru memaparkan video setiap kumpulan semasa kelas bersemuka/PdPr.
-
Guru meminta setiap kumpulan memberi ganjaran bintang (maksimum lima bintang) kepada video setiap kumpulan kecuali kumpulan sendiri.
-
Guru mengulas hasil setiap kumpulan dan mengumumkan kumpulan yang mendapat ganjaran bintang yang terbanyak. Guru merumuskan tajuk yang telah dipelajari.