
AKTIVITI 1
Mengelaskan reka bentuk fesyen mengikut kategori dan mengenal pasti teknik cantuman.
Nilai-nilai Murni;
-
Nilai Ketelitian
-
Nilai Kerajinan
-
Nilai Kreatif
-
Nilai Kerjasama
Bahan Bantu Mengajar
​
1. Buku teks
2. Peranti elektronik
3. Modul Sequin
Aktiviti PdPc
Strategi PdPc;
-
Pembelajaran akses kendiri
​
PAK 21;
-
Gallery walk
Arahan:
-
Aktiviti ini sesuai dijalankan secara dalam talian ataupun di dalam kelas dengan bantuan peranti elektronik seperti telefon bimbit yang mempunyai kamera.
​
-
Murid dibahagikan secara berkumpulan.
​
-
Masa diberikan hanya 40 minit sahaja.
​
Langkah 1:
-
Guru memberi arahan secara bersemuka atau dalam talian.
​
-
Guru menunjukkan contoh gambar pakaian dan aksesori.
​​
Langkah 2:
-
Setiap kumpulan dikehendaki mengambil gambar reka bentuk pakaian dan aksesori di sekeliling mereka dengan seberapa banyak yang boleh.
​
-
Kemudian gambar tersebut hendaklah dibuat dalam bentuk kolaj mengikut kreativiti murid kepada dua kategori iaitu reka bentuk pakaian dan reka bentuk aksesori.
​
-
Setiap reka bentuk pakaian dan reka bentuk aksesori yang ditemui, murid perlu mengenal pasti teknik cantuman yang digunakan untuk menghasilkan reka bentuk tersebut.
​​
Langkah 3:
-
Setiap kumpulan hendaklah membentangkan dapatan gambar reka bentuk pakaian dan aksesori serta teknik cantuman yang digunakan dalam bentuk video.
​
-
Penghasilan video dibuat mengikut kreativiti secara berkumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.
​
-
Video tersebut boleh dihantar kepada guru melalui google classroom mata pelajaran RBT ataupun medium lain seperti group chat Modul Sequin, aplikasi whatsapp atau telegram mengikut kesesuaian guru.
​​
Langkah 4:
-
Guru memaparkan video setiap kumpulan semasa kelas bersemuka/PdPr.
​
-
Guru meminta setiap kumpulan memberi ganjaran bintang iaitu maksimum lima bintang kepada video setiap kumpulan kecuali kumpulan sendiri.
​
-
Guru mengulas hasil setiap kumpulan dan mengumumkan kumpulan yang mendapat ganjaran bintang yang terbanyak. Guru meminta murid merumuskan tajuk yang telah dipelajari.
​​