Tonton video ini.

Apakah yang ditunjukkan dalam video ini?

Jadi setelah anda melalui topik 5.2.1 sehingga 5.2.6 maka anda sudah mengetahui tentang teknik cantuman, peralatan, lakaran, elemen reka bentuk fesyen dan bahan dalam reka bentuk fesyen. Tahniah! Anda sudah layak untuk menghasilkan reka bentuk fesyen.

5.2.7 PENGHASILAN REKA BENTUK FESYEN
Standard Pembelajaran : 5.2.7 Menghasilkan reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran yang dipilih.
Dalam topik ini anda akan dapat;
1. Menghasilkan satu mock-up reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran yang dipilih.
Pelaksanaan sesuatu projek reka bentuk akan berjalan dengan mudah sekiranya dilakukan dengan sistematik dan mengikut langkah/fasa yang betul.
1
FASA 1 : Pemilihan tema
Pilih tema dan reka bentuk produk
-
Anda boleh memilih tema mengikut citarasa anda contohnya berdasarkan alam semula jadi, muzik, budaya, teknologi dan trend terkini.
​
Contoh: Tema teknologi seperti membuat sarung telefon bimbit.
FASA 2 : Tinjauan dan Penyelidikan
Tinjauan dan penyelidikan
-
Proses mencari maklumat tentang reka bentuk produk yang ingin dibangunkan sama ada sudah tersedia di pasaran ataupun produk terdahulu.
​
Contoh : Sarung telefon bimbit yang terdapat di pasaran, anda boleh menganalisis dan membuat perbandingan produk tersebut dari segi elemen reka bentuk, fungsi dan tema. Berdasarkan analisis dan perbandingan ini anda boleh membuat inovasi daripada produk sedia ada.
2
3
FASA 3 : Penjanaan Idea
Penjanaan Idea
-
Fasa membuat lakaran produk reka bentuk fesyen.
-
Kenal pasti elemen reka bentuk fesyen, peralatan dan bahan yang akan digunakan.
​
Contoh : Lakaran sarung telefon bimbit yang terperinci dengan ukuran yang betul dan bahan yang digunakan.
FASA 4 : Pembinaan Mock-up
Pembinaan mock-up
-
Mock-up reka bentuk fesyen akan dibuat bagi melihat bentuk sebenar rekaan yang telah dibuat
​
Contoh : Membina mock-up sarung telefon bimbit dengan menggunakan kain felt, gam, tali dan bahan hiasan tambahan.
4
5
FASA 5 : Pengujian dan Penambahbaikan
Pengujian dan penambahbaikan
-
Fasa terakhir ini adalah untuk melihat sejauh mana produk yang kita bangunkan berfungsi dengan baik dan selamat.
-
Dalam fasa ini sebarang kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada produk boleh ditambah baik.
​
Contoh : Sarung telefon bimbit tersebut mempunyai tali yang tidak kukuh apabila telefon bimbit dimasukkan ke dalam sarung tersebut, maka penambahbaikan proses mencantum tali dengan kain felt menggunakan kaedah yang lagi kukuh seperti jahitan.
​
Lakaran reka bentuk fesyen aksesori
Nama produk : Beg telefon bimbit
​
LAKARAN 2D
LAKARAN 3D

Elemen :
Garisan lurus
Cantuman : Tampalan
Elemen : Bentuk segi empat
Bahan : Tali
Elemen :
Warna
Bahan :
Butang hiasan
Bahan :
Trimin
Bahan :
Manik
Cantuman : Tampalan manik
Hak milik Modul Sequin
Bahan : Fabrik felt
Cantuman : Jahitan

MASA UNTUK KUIZ!
JOM KITA TEKA LAGI!

KESIMPULAN
Penghasilan reka bentuk fesyen melibatkan lima fasa iaitu pemilihan tema, tinjauan dan penyelidikan, penjanaan idea, pembinaan mock-up projek serta pengujian dan penambahbaikan.
UJI KEFAHAMAN ANDA!
Arahan :
Salin soalan di bawah dan lengkapkan jawapan di dalam buku latihan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) anda.
Soalan 1:
Roshan ingin menghasilkan sebuah bekas pensil daripada baju terpakai. Terangkan apakah langkah-langkah yang perlu Roshan lakukan dalam menghasilkan produk reka bentuk aksesori ini.
​​
Langkah 1 : ...........................................................................................................................
​
Langkah 2 : ...........................................................................................................................
​
Langkah 3 : ...........................................................................................................................
​
Langkah 4 : ...........................................................................................................................
​
Langkah 5 : ...........................................................................................................................
​
Langkah 6 : ...........................................................................................................................
​
Langkah 7 : ...........................................................................................................................
[7 markah]
Soalan 2:
Setelah Roshan selesai membangunkan produk reka bentuk aksesori tersebut, adakah Roshan perlu membuat penilaian terhadap produk reka bentuk aksesori itu? Mengapa?
​​
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................
​
​
[3 markah]