Ribbons

5.2.6 JENIS BAHAN DALAM REKA BENTUK FESYEN

Standard Pembelajaran : 5.2.6 Membincangkan jenis bahan dalam reka bentuk fesyen

Dalam topik ini, anda akan dapat:
1. Menyenaraikan 13 jenis bahan reka bentuk fesyen dengan tepat.

  • Jenis bahan yang digunakan dalam reka bentuk fesyen hendaklah
    bersesuaian dengan fungsi dan rekaan reka bentuk fesyen.  
 
  • Bahan yang digunakan perlulah bahan yang selamat dan senang diperolehi.

JENIS BAHAN DALAM REKA BENTUK FESYEN

Fabrics

1. Fabrik/Kain

Bahan asas dalam penghasilan pakaian dan aksesori.

8b8f7fdb1ce809865f20ecadfb184b65.jfif

3. Kain Felt

Bahan asas dalam reka bentuk fesyen. Boleh digunakan untuk membuat hiasan tambahan pada reka bentuk fesyen.

57501583d700c3afb824d84c0ef4a782.jpg_720

5. Butang hiasan

Digunakan sebagai bahan hiasan tambahan pada reka bentuk fesyen. Diperbuat daripada bahan plastik dan kayu.

s-l500.jpg

7. Pita perekat/ Velkro

Digunakan sebagai alat penutup/pelekat/ pencantum pada pakaian dan aksesori. Biasanya terdapat pada beg dan kasut.

assorted-colors-crown-bolt-office-fasten

9. Getah

Digunakan untuk menghasilkan produk seperti getah rambut, ikatan kepala (headband) dan gelang.

ukrashenie-dlya-volos-s-cvetami-iz-lent.

11. Bunga reben

Diperbuat daripada campuran reben, manik, dan tali hiasan. Digunakan untuk membuat hiasan dan aksesori.

kak-sdelat-braslet-s-businami.jpg

13. Manik/Beads

Digunakan sebagai hiasan tambahan pada pakaian dan aksesori. Boleh juga dibuat gelang dan rantai.

Colorful Thread

2. Benang

Digunakan untuk mencantumkan atau melekatkan dua atau lebih artikel sama ada menggunakan tangan atau mesin.

7.png

4. Kancing

Digunakan untuk merapatkan, mencantum dan menutup pakaian atau aksesori.Contoh kancing seperti zip, cangkuk dan palang, dan gancu.

download (3).jpg

6. Lapik dalam/Interfacing

Digunakan untuk mengeraskan, mengukuhkan atau melapis bahagian tertentu pada pakaian atau aksesori.

3mm-galvanized-iron-wire59122159210.jpg

8. Dawai

Digunakan untuk membuat aksesori seperti kerongsang, pin rambut, gelang dan rantai leher.

images (7).jpg

10. Tali

Digunakan untuk membuat aksesori seperti membuat tali pinggang, tali beg dan tali kasut.

download (8).jpg

12. Bahan trimin 

Sebagai hiasan tambahan pada reka bentuk fesyen. Contohnya seperti pita siku sika, renda, pita brid dan pita jalur serong tepat.

Anda faham topik ini?
Jom kita bermain!

Jom kita bermain lagi!

Fashion Accessories

KESIMPULAN

Bahan-bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk fesyen ialah fabrik, benang, fabrik felt, kancing, lapik dalam, pita perekat, dawai, tali, manik, bahan, trimin, butang dan batu perhiasan.

UJI KEFAHAMAN ANDA!

Arahan :

Salin soalan di bawah dan lengkapkan jawapan di dalam buku latihan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) anda.

Soalan 1:

Senaraikan enam (6) bahan yang boleh digunakan dalam proses reka bentuk fesyen.

i. .................................

ii. ................................

iii. ...............................

iv. ...............................

v. ................................

vi. ...............................

[3 markah]

Soalan 2:

Padankan jenis bahan dengan kegunaan yang betul dengan menulis X, Y,  dan Z dalam ruangan yang disediakan.

X = Kancing

Y = Dawai

Z = Fabrik

Digunakan dalam reka bentuk aksesori

Digunakan untuk mencantum atau merapatkan belah atau dijadikan hiasan

Benang tekstil sama ada ditenun, dikait, dianyam dan dijalin

[3 markah]

Soalan 3:

Baca petikan di bawah.

Seri mendapati dompet kesukaannya terbuka dan zip dompet tersebut telah rosak.

Pada pandangan anda, berikan jenis kancing yang boleh digunakan oleh Seri untuk mengantikan zip yang rosak supaya dompet tersebut dapat digunakan lagi.

........................................................................................................................................................................................................................................................................................

[1 markah]

00:00 / 46:27