Uji mata anda!

5.2.5
ANALISIS ELEMEN REKA BENTUK FESYEN
Standard Pembelajaran : 5.2.5 Menganalisis elemen reka bentuk fesyen
​
Dalam topik ini, anda akan memperoleh;
-
Menyenaraikan empat elemen reka bentuk fesyen.
-
Menyatakan empat kategori bentuk badan manusia.
-
Memberitahu dua jenis garisan.
-
Menyatakan tujuan penggunaan warna.
-
Menyenaraikan tiga jenis tekstur pada reka bentuk fesyen.
​
​
Elemen reka bentuk fesyen digunakan oleh pereka bagi mewujudkan kesan visual pada pakaian dan aksesori.
ELEMEN REKA BENTUK FESYEN
ANALISIS ELEMEN REKA BENTUK FESYEN BERDASARKAN LAKARAN TERPILIH
Bagi menghasilkan produk yang baik, tinjauan terhadap pengguna adalah perlu.
Tinjauan diperlukan untuk mendapatkan maklumat semasa daripada pengguna.
Tinjauan boleh dibuat dengan mengedarkan borang soal selidik/ penilaian pelanggan.
Penilaian produk dijalankan supaya produk yang direka adalah produk yang terbaik.
Setelah mendapat maklumat, penilaian dijalankan terhadap elemen reka bentuk fesyen yang akan digunakan.
Analisis dari segi kesesuaian aplikasi elemen garisan, warna, bentuk dan tekstur boleh dijalankan dengan menggunakan borang penilaian produk reka bentuk fesyen terhadap lakaran yang dibina dalam topik 5.2.3.
Borang Penilaian Produk Reka Bentuk Fesyen

VIDEO ANALISIS ELEMEN REKA BENTUK FESYEN BERDASARKAN LAKARAN TERPILIH

KESIMPULAN
Elemen reka bentuk fesyen terdiri daripada bentuk, garisan, warna dan tekstur.
​
Bentuk merujuk kepada garis luar bentuk badan atau struktur luar objek.
​
Garisan terbahagi kepada dua iaitu garisan lurus dan garisan melengkung.
​
Warna mampu mempengaruhi perasaan seseorang dan memberi kesan berbeza kepada reka bentuk fesyen.
​
Tekstur ialah permukaan sesuatu bahan atau fabrik yang terdiri daripada tekstur lembut, kasar, berkilau atau legap.
UJI KEFAHAMAN ANDA!
Arahan :
Salin soalan di bawah dan lengkapkan jawapan di dalam buku latihan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) anda.
Soalan 1:
Senaraikan elemen reka bentuk fesyen yang anda telah pelajari dalam laman ini.
​​
Elemen Reka Bentuk Fesyen
[4 markah]
Soalan 2:
Gambar rajah di bawah menunjukkan bentuk asas badan manusia. Namakan setiap bentuk asas badan yang berikut.
​​
1. ................
2. .................
3. .................
4. .................
[4 markah]
Soalan 3:
Rania mempunyai berat badan 54 kg dengan ketinggian 157 cm dan mempunyai bentuk badan segiempat. Apakah ciri-ciri reka bentuk pakaian yang sesuai untuk Rania?
​
i. ......................................
ii. .....................................
iii. ....................................
​​
[3 markah]
Soalan 4:
Tandakan (✔) pada pernyataan yang betul mengenai elemen garisan dalam reka bentuk fesyen.​
Terdapat dua jenis garisan iaitu garisan lurus dan garisan melengkung
​
Garisan mendatar memberi kesan rendah dan gempal
​
Garisan menegak memberi kesan lansing dan rendah
​
Garisan menyerong sesuai untuk semua bentuk badan
[4 markah]
Soalan 5:
​
​
Tandakan (/) pada pernyataan yang betul mengenai tujuan memberi warna pada lakaran yang dibuat oleh Sandra.​
Sandra adalah seorang pereka fesyen dan sering membuat lakaran pakaian yang akan ditempah oleh pelanggannya. Sandra akan mewarnakan lakaran sebelum dia menunjukkan lakaran tersebut kepada pelanggannya. ​
Warna memberi kesan yang berbeza dalam reka bentuk fesyen
​
Warna mempengaruhi saiz dan bentuk badan
​
Penggunaan warna yang sesuai boleh mempengaruhi perasaan seseorang
[3 markah]
Soalan 6:
Nyatakan jenis tekstur yang betul mengikut gambarajah fabrik yang diberikan di bawah.​

1.

3.

2.

4.
[4 markah]