Jom kita main teka teki!
Cari  perkataan daripada gambar yang diberikan.
Threads
+
+
=
+
=
=
+
+
=
Threads
Adakah anda berjaya menjawab teka teki di atas?

Jawapannya ialah

1. La + car + run  = Lakaran

2. Rare + car = Reka

3. Burn + Tuk = Bentuk

4. Fair + Shien = Fesyen.

 

Dalam ruangan ini anda akan mempelajari tentang lakaran reka bentuk fesyen.

3(1).png

5.2.4 LAKARAN REKA BENTUK FESYEN

Standard Pembelajaran : 5.2.4 Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen.

Perkara yang akan anda pelajari dalam laman ini adalah:

1.    Membuat lakaran 2D dan 3D bagi sesuatu produk reka bentuk fesyen.

Sketching

  • Lakaran perlu disediakan terlebih dahulu sebelum menghasilkan reka bentuk fesyen.

 

  • Lakaran ini bertujuan menjelmakan idea kepada bentuk gambaran yang boleh dilihat dengan jelas.

  • Lakaran fesyen dihasilkan dalam dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D). 

  • Elemen reka bentuk, bahan dan teknik cantuman yang akan digunakan perlu ditentukan dan dilabelkan pada lakaran.

MASIH ANDA INGAT?

Lakaran ialah satu lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas (freehand drawing) tanpa bantuan alatan melukis seperti pembaris dan jangka lukis.

JOM KITA LIHAT & IMBAS KEMBALI!

LAKARAN

REKA BENTUK FESYEN

Video lakaran reka bentuk fesyen

Nama produk : Beg telefon bimbit

Hak milik Modul Sequin

Lakaran 2D dan 3D

Reka bentuk fesyen aksesori

Nama produk : Beg telefon bimbit

LAKARAN 2D

LAKARAN 3D

Elemen :

Garisan lurus

Cantuman : Tampalan

Elemen  : Bentuk segi empat

Bahan : Tali

Elemen :

Warna 

Bahan :

Butang hiasan

Bahan :

Trimin

Bahan :

Manik

Cantuman : Tampalan manik

Bahan : Fabrik felt

Cantuman : Jahitan

Hak milik Modul Sequin

  • Anda boleh menambah bahan lain pada reka bentuk fesyen anda seperti butang hiasan, kancing, velkro atau bahan hiasan yang difikirkan sesuai.

  • Anda juga boleh membuat lakaran dan mewarnakannya dengan warna pilihan mengikut idea reka bentuk fesyen yang ada fikirkan.

CONTOH LAKARAN

Lakaran 3D

Reka bentuk fesyen aksesori

Nama produk : Beg serba guna

Elemen : Garisan lurus

Cantuman : Jahitan

Cantuman : Jahitan

Elemen  : Bentuk segi empat

Bahan : Fabrik dan lapik dalam

Elemen : Warna hitam dan putih

Hak milik Modul Sequin

Bahan : Fabrik

  • Anda boleh menambah bahan lain pada reka bentuk fesyen anda seperti butang hiasan, kancing, velkro atau bahan hiasan yang difikirkan sesuai.

  • Anda juga boleh membuat lakaran dan mewarnakan dengan warna pilihan mengikut idea reka bentuk fesyen yang ada fikirkan.

Lakaran 2D

Reka bentuk fesyen pakaian

Nama produk : Skirt labuh 

Elemen : Garisan melengkung

Cantuman : Jahitan

Bahan: Butang hiasan

Bahan : Reben

Bahan : Fabrik dan lapik dalam

Elemen : Warna 

Cantuman : Tampalan

Hak milik Modul Sequin

Bahan : Fabrik

  • Anda boleh menambah bahan lain pada reka bentuk fesyen anda seperti butang hiasan, kancing, velkro atau bahan hiasan yang difikirkan sesuai.

  • Anda juga boleh membuat lakaran dan mewarnakan dengan warna pilihan mengikut idea reka bentuk fesyen yang ada fikirkan.

Kuiz permainan!

Fashion Accessories

KESIMPULAN

Peranan lakaran dalam reka bentuk fesyen meliputi pembangunan konsep, komposisi untuk ilustrasi, meduim komunikasi dengan pelanggan, penerokaan atau ekplorasi visual dan perincian visual.

UJI KEFAHAMAN ANDA!

Arahan :

Salin soalan di bawah dan lengkapkan jawapan di dalam buku latihan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) anda.

Soalan 1:

Nyatakan tujuan lakaran reka bentuk fesyen.

..................................................................................................................................................

[1 markah]

Soalan 2:

Fikirkan satu produk reka bentuk fesyen. Bina lakaran 2D dan lakaran 3D untuk produk reka bentuk fesyen yang anda fikirkan sebentar tadi.

Lakaran 2D 

Nama produk :.................................

Lakaran 3D 

Nama produk :.................................

[4 markah]

Soalan 3:

Dengan menggunakan idea dan kreativiti anda, bina dua lakaran reka bentuk fesyen dengan mengaplikasikan elemen garisan, bentuk atau warna. 

1. Nama reka bentuk fesyen pakaian :..........................................

2. Nama reka bentuk fesyen aksesori :..........................................

[6 markah]

00:00 / 46:27