Pendapat Anda!
Sudahkah anda mengenali Modul Sequin ini? Sekiranya anda telah melayari ke semua laman yang terdapat di dalam Modul Sequin ini, apakah...
Modul ini adalah Modul Pembelajaran Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi murid tingkatan satu. Modul ini memuatkan semua topik di dalam bab 5.2 Reka Bentuk Fesyen. Dalam modul ini juga terkandung nota-nota, soalan-soalan pentaksiran bilik darjah, latihan-latihan pengukuhan, kuiz, peta i-Think dan terdapat pelbagai aktiviti yang sangat menarik.
​
Modul Sequin adalah nama khas yang diberi bagi mewakili modul m-pembelajaran ini. Sequin adalah dikenali sebagai labuci iaitu mempunyai sifat yang berkilau dan menyerlah. Lantaran itu, pembina modul ini merasakan sifat labuci yang berkilau adalah sesuai dijadikan nama modul m-pembelajaran dalam topik Reka Bentuk Fesyen.
TUJUAN DAN OBJEKTIF MODUL SEQUIN
Modul ini dibangunkan bagi memenuhi kajian penyelidikan sarjana yang dijalankan oleh Maswani binti Ismail, pelajar Sarjana Sains Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah seliaan Prof. Madya Ts. Dr Che Ghani Bin Che Kob, Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Teknikal dan Vokasional.
​
OBJEKTIF MODUL;
Meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi amnya dan dalam topik Reka Bentuk Fesyen khususnya.
Sebagai bahan bantu mengajar secara Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan Pengajaran dan Pembelajaran dari rumah (PdPr) kepada guru dan murid.
Memudahkan pembelajaran kendiri oleh murid bagi mata pelajaran RBT khusus topik Reka Bentuk Fesyen.
Mengaplikasikan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan murid dengan menggunakan teknologi terkini.
5.2.7
PENGHASILAN REKA BENTUK FESYEN
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() |